Kolej-kolej Kediaman ini bertanggungjawab di atas menyediakan keperluan prasarana, kemudahan, penyelenggaran, penguatkuasaan peraturan pelajar di Kolej Kediaman dan memastikan kebajikan pelajar berada pada tahap yang memuaskan. Seterusnya, turut bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKK) bagi melaksanakan aktiviti pelajar berdasarkan peruntukan kewangan semasa.