Kem Pemuafakatan Pemimpin Kolej-kolej Kediaman UniMAP - UTHM & Kihdmat Masyarakat

             

Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) dan kolej-kolej kediaman telah mengadakan Kem Pemuafakatan Pemimpin Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaysia perlis (UniMAP) - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Khidmat Masyarakat dengan kerjasama pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni (TNCHEPA) UniMAP & UTHM bermula pada 5 hingga 7 April 2018 dengan tema “Mahasiswa Pemangkin Peradaban Bangsa”.

Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemimpin Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniMAP berkenaan corak kepimpinan dan sekaligus mengenali Majlis Kepimpinan Pelajar dari Kolej-kolej Kediaman di UTHM. Dengan kerjasama daripada pihak UTHM, UniMAP berhasrat untuk mengenali dan mempelajari budaya setempat melalui kaedah turun padang bersama-sama masyarakat setempat dan mengadakan program di Parit Raja seperti gotong-royong masjid, membersihkan kubur dan rewang Nasi Ambeng.

PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR (P2P)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
8400 PARIT RAJA, BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TA'ZIM