Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 bertempat di WTCKL yang diiringi oleh dua (2) orang Pegawai Pengiring iaitu Timbalan Pengetua 2 (Ts. Dr. Norrizam bin Jaat) dan Felo (En. Muhammad Hanafi bin Asril Rajo Mantari) bersama lima (5) orang Pembantu Pengiring an terdiri daripada barisan pembantu felo kolej kediaman.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Mei 2023 yang disertai seramai seratus (100) orang peserta. Kami telah bergerak dari kolej kediaman pada jam 7.30 pagi dan telah selamat kembali ke kolej kediaman pada jam 9.30 malam.