Skip to main content

SEKSYEN PERUMAHAN PELAJAR

Pelajar Baharu

S : Bagaimana proses permohonan bilik asrama bagi pelajar baharu ?
J :  Pelajar baharu ( tahun 1) perlu mendaftar masuk ke kolej kediaman seperti yang dinyatakan
      dalam Surat Tawaran Kemasukan Pelajar Baharu ke UTHM

S :  Adakah pelajar baharu boleh memilih bilik / rumah?
J :  Tidak. Pelajar baharu hanya ditawarkan penempatan kolej serta bilik asrama sepertimana yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.
       Namun begitu, bagi pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, boleh rujuk kepada pihak pengurusan kolej bagi lokasi penempatan yang sewajarnya.

S :  Adakah pelajar baharu dibenarkan tinggal di luar kolej kediaman ?
J :  Dasar Perumahan Pelajar, UTHM telah menetapkan bahawa semua pelajar baharu wajib menginap selama 1 tahun pengajian di Kampus Parit Raja.
      Manakala Kolej Kediaman Kampus Pagoh adalah sepanjang tempoh pengajian bagi pelajar baharu dan kanan.
      Namun begitu, Berikut hanya pelajar yang berstatus seperti di bawah layak dipertimbangkan oleh TNC HEPA untuk tidak tinggal di kolej kediaman.
                               KES 1 : Pelajar yang telah berkeluarga dan menginap bersama keluarga
                              Case 1 : Students who have family and staying with family

                               KES 2 : Pelajar berstatus penduduk tempatan yang menginap bersama ibu bapa dan berada
                                            di dalam lingkungan 30km dari kawasan Universiti
                              Case 2 : Students with the status of permanent resident (PR) who live with parents and staying
                                             within 30km of the University area

                               KES 3 : Selain kes 1 dan 2 (Sila nyatakan sebab)
                              Case 3 : Other than case 1 and case 2 (Please state a reason)

S :  Bagaimana untuk memohon pengecualian bagi pelajar wajib untuk tinggal di kolej kediaman?
J :   Pelajar perlu mengisi borang pengecualian untuk tinggal di kolej kediaman bagi pelajar wajib seperti dalam pautan.
             i) Pelajar baharu yang masih belum mendaftar di kolej kediaman, perlu mengemukakan permohonan yang lengkap ke Pusat Perumahan Pelajar (PRP)
            ii) Pelajar baharu yang telah mendaftar di kolej kediaman, perlu mengemukakan permohonan yang lengkap ke Pejabat Kolej Kediaman.

S :   Adakah pelajar baharu dibenarkan untuk memilih rakan sebilik?
J :   Tidak. Penempatan bilik asrama adalah tertakluk kepada pihak kolej kediaman

S :   Bolehkah saya berpindah ke kolej kediaman lain?
J :   Kebenaran untuk berpindah ke kolej kediaman lain adalah tertakluk kepada kekosongan kolej tersebut dan bergantung kepada budi bicara dan                                     kelulusan 
pengetua kolej kediaman masing-masing.

S :   Apakah kelengkapan yang disediakan di dalam bilik asrama ?
J :    Kelengkapan yang disediakan adalah :
                                                     i. Meja & kerusi
                                                    ii. Katil & tilam
                                                   iii. Almari Pakaian

S :   Bolehkan saya mengambil kunci bilik bagi pihak rakan?
J :    Tidak. Pengambilan kunci bilik melalui rakan atau wakil adalah tidak dibenarkan.

S :   Bolehkah saya membawa kenderaan?
J :    Kategori Pelajar yang DILARANG membawa kenderaan bermotor
               I. Semua Pelajar Baharu yang menginap di Kolej Kediaman kecuali pelajar baharu lepasan Diploma UTHM.
              II. Kebenaran meletakkan kenderaan di dalam kawasan kolej kediaman adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan kolej kediaman yang                          berkaitan.

Pelajar Kanan (Selain Pelajar Tahun 1)

S :   Bagaimanakah saya boleh memohon penempatan di kolej kediaman?
J :    Penempatan kolej kediaman boleh dipohon melalui sistem permohonan dalam talian (HOMS) dan pelajar mestilah memohon mengikut tempoh masa yang                  ditetapkan. Permohonan akan dibuka selewatnya satu (1) bulan dari semester baharu bermula.
        Penempatan adalah tertakluk pada satu (1) semester pangajian berdasarkan kalender akademik. Sila rujuk Pusat Perumahan Pelajar

S :  Siapa yang boleh memohon HOMS (penempatan kolej kediaman)
J :   Parit Raja : Semua pelajar (selain pelajar tahun 1) layak untuk memohon HOMS
       Pagoh : Pelajar Program Siswazah

S :  Siapakah yang menentukan proses keputusan permohonan kolej kediaman
J :   Semua permohonan akan diproses dan diputuskan oleh pihak pengurusan kolej kediaman yang berkaitan dan
       akan dimaklumkan melalui sistem HOMS dalam tempoh yang ditetapkan.

S :   Bagaimana sekiranya saya GAGAL dalam permohonan HOMS
J :    Permohonan yang gagal masih boleh mengemukakan rayuan bergantung kepada kekosongan penempatan. Rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan                  permohonan rasmi kepada Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRP).

S :   Bolehkan saya memilih blok/ rumah / bilik?
J :    Tidak. Pelajar kanan akan ditawarkan penempatan kolej serta bilik asrama sepertimana yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman. Namun begitu, bagi pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, boleh rujuk kepada pihak pengurusan kolej bagi lokasi penempatan yang sewajarnya.

S :   Adakah pelajar kanan boleh memilih rakan bilik / rumah?
J :   Ya Boleh. Pelajar kanan yang telah diluluskan permohonan penempatan di HOMS, pelajar akan diminta untuk membuat pra-pendaftaran bilik dan membuat                 pengesahan tawaran tersebut melalui sistem HOMS. Pelajar boleh memlih rakan sebilik/ serumah berdasarkan data bilik/ rumah yang telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

Caj Yuran Kolej Kediaman

S :   Berapa kadar bayaran penginapan yang dikenakan untuk menginap di kolej?
J :    Pelajar Baharu
        Caj yuran penginapan kepada pelajar baharu yang mendaftar di Universiti adalah berdasarkan Jadual Akademik Universiti bermula dari tarikh hari pendaftaran Universiti hingga tarikh mula cuti panjang semester pengajian dengan mengambil kira cuti umum, mingguan dan sebagainya.
J :    Selain Pelajar Baharu :
        i. Caj yuran penginapan kepada selain Pelajar Baharu yang sedang mengikuti pengajian di Universiti adalah berdasarkan tarikh mula daftar masuk ke Kolej                   Kediaman dengan mengambil kira cuti umum, mingguan dan sebagainya.
       ii. Caj bagi penginapan lebih awal dan lanjutan menginap (dengan kelulusan) daripada tarikh yang ditetapkan adalah dikira sebagai caj sewaan semasa cuti.

J :    Sekiranya pelajar mendaftar lewat, caj penginapan pelajar akan dikira bermula pada hari mendaftar di Kolej Kediaman. Walaubagaimanapun, ianya tidak terpakai kepada pelajar baharu, pelajar wajib dan pelajar kanan yang telah mengesahkan penerimaan tawaran menghuni Kolej Kediaman.

Bil.                   Yuran Kadar                                                      (Sehari / Seorang)
                                                                                 Pelajar Tempatan       Pelajar Antarabangsa
1.       Penginapan KK di Parit Raja                                  RM5.50                        RM15.00

2.       Yuran Penginapan di Kampus Pagoh
          (3 orang sebilik)                                                       RM6.50                        RM17.00

3.       Yuran Penginapan Kampus Pagoh
          (2 orang sebilik)                                                       RM10.00                      RM20.00

Peralatan Elektrik

S :   Adakah pelajar dimestikan membuat pendaftaran peralatan elektrik?
J :    Ya, semua pelajar yang menduduki kolej kediaman adalah diWAJIBkan untuk membuat pendaftaran peralatan elektrik yang dibenarkan.
        Pendaftaran peralatan elektrik boleh dibuat apabila Notis dan arahan di keluarkan oleh Pusat Perumahan Pelajar.
        Permohonan adalah melalui SMAP pelajar.

S :   Apakah senarai peralatan yang boleh dibawa dan berapa caj yang dikenakan?
J :    Senarai peralatan elektrik yang dibenarkan untuk dibawa oleh setiap pelajar dan wajib didaftarkan dengan caj RM1.00 bagi setiap item/ per semester:
                                                               i. Komputer @ Laptop
                                                              ii. Mesin pencetak
                                                             iii. Lampu belajar
                                                             iv. Pengecas telefon bimbit

J :   Peralatan yang dikenakan caj bayaran RM5.00 satu peralatan / per semester serta tertakluk kepada jumlah kuantiti yang dibenarkan
       oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar dari semasa ke semasa:
                                                              i. Seterika
                                                             ii. Cerek elektrik
                                                            iii. Kipas angin
                                                            iv. Pengering rambut
                                                             v. Pembakar roti
.
  • Peralatan elektrik mestilah mempunyai cap kelulusan SIRIM, Jabatan Bekalan Elektrik, Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana agensi yang mengiktiraf                       keselamatan sesuatu peralatan elektrik.
   • Seorang pelajar hanya dibenarkan membawa satu (1) peralatan sahaja dari setiap jenis peralatan yang dibenarkan.
   • Pengarah Pusat Perumahan Pelajar mempunyai kuasa untuk menetapkan kuantiti peralatan elektrik yang boleh dibawa oleh pelajar dari semasa ke semasa.
   • Pengarah Pusat Perumahan Pelajar mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan pelajar bagi mana-mana peralatan elektrik yang                   tidak tersenarai di atas.