Skip to main content

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PUSAT PERUMAHAN PELAJAR & KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UTHM 2024



Pada 6 Mei 2024 (Isnin) yang lalu, Pusat Perumahan Pelajar (PRP) dengan kerjasama Kolej-kolej Kediaman UTHM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M Peringkat Pusat Perumahan Pelajar & Kolej-Kolej Kediaman bertempat di Dewan Terbuka UTHM.

Majlis bertujuan menyantuni semua warga Pusat Perumahan Pelajar, Kolej-kolej Kediaman, barisan Felo termasuk Pembantu Felo serta Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) Kolej-kolej Kediaman itu telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Profesor Sr Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim bin Hj. Ismail, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTHM dan diiringi ketua-ketua PTj dibawah HEPA.

Majlis juga telah diselitkan dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan Rumah Berhias Aidilfitri 2024 yang telah diadakan di Kolej Kediaman masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sepanjang majlis berlangsung.