Skip to main content

Kisah Kami

KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA

Kolej Kediaman Perwira (KK Perwira) merupakan salah sebuah kolej kediaman di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kapasiti 2,006 penghuni. Kolej ini merupakan antara kolej kediaman di luar kampus yang terletak 2.2km dari kampus utama UTHM dan berada di kawasan Parit Sempadan Laut. Lokasinya yang ideal dan strategik serta dikelilingi oleh panorama yang indah menjadikan kolej ini sesuai untuk dihuni, belajar dan bersosial.

     Kolej ini memulakan operasi secara rasmi dengan nama Desasiwa Pangsapuri pada tahun 2003 dan kemudiannya diberi nama sebagai Kolej Kediaman Perwira pada Jun 2006. KK Perwira merupakan Kolej Kediaman rasmi bagi menempatkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) seawal sesi 2003/2004.

     Menyedari kepentingan peranan KK Perwira sebagai pemangkin kecemerlangan mahasiswa, Pelan Transformasi Perwira telah diwujudkan pada tahun 2011 dengan berpaksikan kepada tiga (3) teras utama iaitu kecemerlangan akademik, keunggulan personality dan kelestarian persekitaran.

"BUKAN SEKADAR KOLEJ KEDIAMAN"

-PUSAT PEMBELAJARAN KEDUA-

KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS PARIT RAJA