Kolej Kediaman Luar Kampus merupakan sebuah kolej kediaman yang memberikan dan menyedikan satu pusat utama untuk pelajar di kolej kediaman dan pelajar luar amnya pelajar tanpa asrama dalam berkebersamaan dikalangan pelajar. Pembangunan pelajar amatlah di titik beratkan akan pembangunan akademik dan sahsiahnya kerana aspek ini dapat membantu perkongsian bestari di antara institusi pendidikan dan organisasi kerjaya. Justeru, ia akan mengupas lima halatuju perkembangan pembangunan pelajar yang menginap di kolej kediaman dan pelajar tanpa asrama sebagai garis panduan untuk menjana projek-projek yang mampu menggilap potensi diri pelajar dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Lima halatuju tersebut merangkumi aspek-aspek berikut iaitu (a) kecemerlangan akademik, (b) perpaduan kaum, (c) budaya penyayang, (d) pengantarabangsaan, dan (5) aspirasi kerajaan. Selain dari itu jua salah satu aspek penting dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti ialah dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, dan keperibadiannya.